NutriFeron ~ Penemuan Hebat Dalam Sains Sistem Imun

Assalamualaikum uolls

Hari ni Kak Laili nak cerita tentang NutriFeron salah satu supplement kesihatan Shaklee yang terbaik untuk tingkatkan sistem imun tubuh.

NutriFeron merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun.

Apabila NutriFeron diambil setiap hari, ianya dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun.

Apa itu interferon?

  1. Interferon adalah sekumpulan protein yang dihasilkan oleh sel-sel badan kita sebagai tindak balas terhadap kehadiran patogen seperti virus, bakteria, parasit dan sel tumor. Sebagai contoh sel yang dijangkiti virus akan mengeluarkan interferon yang menyebabkan sel-sel lain yang berhampiran meningkatkan lagi pertahanan anti virus mereka.
  2. Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.
  3. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia iaitu NutriFeron.
  4. Dr. Kojima telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak daripada 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese honeysuckle mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.
  5. Formula yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan.
  6. Penemuan dan rekaan Dr. Kojima ini telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang imunologi.
  7. Dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, penyakit anjing gila, herpes dan lain-lain lagi.
  8. Tambahan pula interferon telah terbukti amat berkesan untuk melindungi tubuh daripada jangkitan influenza dan pelbagai penyakit lain.


Antara manfaat utama NutriFeron ialah:

1) Satu-satunya interferon semulajadi di dunia
- kajian demi kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan meningkatkan sistem imun tubuh secara keseluruhan dengan mengerah sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk bekerja (T cells, B cells, macrophage)

2) membantu melawan tumor dan kanser
- interferon semualajadi mengandungi polisakarida (polysaccharide) yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. 
- selain daripada itu ia juga membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kimoterapi.

3) melindungi tubuh daripada influenza
- dengan cara mengimbangi respon alergi terhadap alam sekitar dan pencemaran udara
- perlindungan daripada virus dan mikrob termasuk selesema, flu, alergi dan inflamasi

4) membantu meringankan stress dan kelesuan
- meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk

5) melambatkan proses penuaan
- formula unik NutriFeron merangsang pengeluaran macrophage untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.
- hasilnya sel-sel akan menjadi lebih sihat

6) mengurangkan infeksi kepada pesakit-pesakit hepatitis B dan C
- keberkesanan NutriFeron dalam memerangi virus dapat mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual dan muntah kepada pesakit hepatitis

7) hyper tension, tahap kolesterol tinggi, aliran darah dan masalah-masalah berkaitan dengan menopaus dapat ditangani dengan lebih baik.

Dari manakah datangnya virus, kuman dan mikrob?

- daripada udara dan persekitaran kita dengan melalui pernafasan (asap, habuk, penghawa dingin)
- daripada bersentuhan dengan objek (perabot, pengangkutan awam, haiwan peliharaan) termasuklah berjabat tangan
- makanan dan air 
- latihan fizikal
- persekitaran tempat kerja

Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang tubuh kita pada satu-satu masa terutama sekali apabila tubuh kekurangan interferon dan sel-sel imun yang lemah, kita akan cepat keletihan, stress dan tidur terganggu.
Tubuh mudah dijangkiti flu, batuk, alergi, lelah, ekzema dan jerawat. Sel yang tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya akan mengakibatkan penyakit kronik.



Untuk mendapatkan NutriFeron ni uolls boleh whatsapp Kak Laili di 010-2904863.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular Posts