Pelajar Cemerlang Malaysia di US Terima Biasiswa Rhodes yang Berprestij Tinggi

Assalamualaikum

Hari ni Kak Laili nak kongsi kan satu artikel tentang seorang pelajar cemerlang Malaysia di US yang terima biasiswa Rhodes yang berprestij tinggi.

Klik 👉🏼 SINI

Kak Laili memang suka baca dan tumpang gembira kalau adik-adik atau anak-anak berjaya dalam pelajaran dan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti terbaik dunia.

Kak Laili tak setuju bila orang kata tak ada SPM pun boleh hidup, boleh jadi kaya-raya. Boleh beli rumah besar, kereta mewah, melancong sakan.

TAPI bukan kah mencari ilmu itu wajib? Apa yang penting belajar dulu. Dapatkan ilmu sebanyak yang mungkin. Lepas tu barulah fikir nak beli rumah besar, kereta mewah semua tu.

Kita tengok orang yang tiada pelajaran tinggi pun boleh jadi kaya-raya. Tahukah uolls kesusahan dan kepayahan yang mereka terpaksa lalui untuk menjadi kaya-raya seperti itu? Mampukah uolls menghadapi kepayahan seperti mereka?

Kepada adik-adik dan anak-anak yang baru selesai menjalani peperiksaan SPM boleh lah buat persediaan untuk fikir apa nak buat selepas ni. Nak memohon ke universiti mana, bidang apa dan cara pembiayaan pelajaran. Jangan terlalu risau. Banyak pilihan di luar sana.

Tepuk dada tanya iman 😊

Comments

Popular Posts