Asid Lemak Omega 3: Lemak Baik

Assalamualaikum uolls

Hari ni kita tengok tentang lemak yang baik.

Asid lemak Omega 3 ialah lemak yang baik untuk menyokong kesihatan dan fungsi normal tubuh badan.

Omega 3 telah dikaji dengan meluas dalam memberi manfaat untuk kesihatan tubuh badan.


1) Omega 3 dapat mengurangkan keradangan.

- Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.

- Zat Omega 3 iaitu EPA dan DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:
  • membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah
  • meningkatkan pengaliran darah
  • mengekalkan degupan jantung yang sihat

Omega 3 Untuk Jantung


2) Omega 3 untuk kesihatan otak

- Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak.

- Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.

- EPA dan DHA telah dikaji untuk:
  • penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf
  • kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian.
  • memberikan kesan penuaan yang sihat di mana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan dimensia/nyanyuk.

Omega 3 Untuk Otak

3) Omega 3 untuk kesihatan sendi dan tulang

- EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan cara mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.

- Omega 3 juga memainkan peranan penting dalam:
  • mengekalkan ketumpatan mineral tulang
  • menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan
  • menyekat keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku dalam arthritis
  • bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut dan sakit bergerak dengan lancar

Omega 3 Untuk Sendi


4) Omega 3 untuk ibu

- asid lemak Omega 3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu.

- Omega 3 sangat penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin.

- selepas bayi dilahirkan, Omega 3 menyokong:
  • perkembangan otak dan fungsi imun
  • kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin
  • DHA adalah komponen utama retina jadi ianya penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi
  • DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak
  • Asid lemak Omega 3 boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi
  • Omega 3 menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat

Omega 3 Untuk Ibu dan Bayi


Omega 3 juga didapati menyokong kesihatan kulit, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon.

Walaupun Omega 3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu pengambilan supplemen Omega 3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.

Pembekal asid lemak Omega 3 Shaklee ialah Omega Guard ! Boleh tengok kat 👉 POST

Boleh dapat banyak info kat SINI

Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 untuk dapatkan Omega Guard Shaklee 😊


Comments

Popular Posts