Coenzyme Q10 (CoQ10) Penjana Tenaga Utama Tubuh Badan

Assalamualaikum. Salam Jumaat yang penuh barakah.

Hari ni kita tengok tentang Coenzyme Q10 pula. Supplemen Coenzyme Q10 Shaklee ialah CoQ-Trol Plus! (rujuk post 👉 SINI untuk baca ye)


Supplemen Coenzyme Q10 Shaklee ialah CoQ-Trol Plus

Coenzyme Q10 merupakan penjana tenaga utama (ultimate energy generator) tubuh badan kita. Dengan peningkatan tahap tenaga yang lebih baik, kita mempunyai lebih ketajaman mental, berasa lebih bertenaga dan dapat melakukan lebih banyak aktiviti dalam satu hari.

1) Menjana Tenaga yang Berkekalan.

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel tubuh badan kita serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, kita boleh menjalani kehidupan seharian dengan lebih bertenaga, cergas, dan berkeyakinan. Peningkatan CoQ10 membantu:
  • Meningkatkan kekuatan otot.
  • Mempercepatkan pemulihan luka.

2) Membantu Peredaran Darah yang Sihat.

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung kita kuat dan sihat. Untuk mengekalkan degupan yang sihat, tubuh memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:
  • Menguatkan otot-otot jantung.
  • Menyokong fungsi jantung yang sihat.
  • Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin (ubat merendahkan kolesterol).
TAHUKAH ANDA?Kajian telah menunjukkan bahawa statin ubat yang merendahkan kolesterol menghalang pembentukan CoQ10 sebanyak 40%! Oleh itu supplemen CoQ10 membantu mengekalkan kekuatan jantung kita

3) Menyumbang Kepada Sistem Reproduktif yang Sihat.

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan radikal bebas, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 membantu:
  • Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
  • Meningkatkan pergerakan sperma.
  • Meningkatkan kualiti ovum. 

4) Membantu Mendapatkan Kulit yang Berseri.

CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kita daripada sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri. Oleh sebab itu kulit kekal berseri dan kelihatan lebih muda. Pengambilan CoQ10 membantu:
  • Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan.
  • Meningkatkan tekstur kulit.

5) Meningkatkan Fungsi Kognitif.

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid di dalam otak, iaitu salah satu punca utama penyakit Alzheimer. CoQ10 membantu:
  • Menjana fungsi otak yang sihat.
  • Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.
  • Mengekalkan kesihatan sel-sel otak.
  • Meningkatkan memori dan tumpuan.
  • Menjana minda yang sihat.

Boleh rujuk di SINI

Nak cuba supplemen Coenzyme Q10 Shaklee: CoQ-Trol Plus ? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ini.



Comments

Popular Posts