CoQ-Trol Plus Terbaharu Dari Shaklee

Assalamualaikum semua

Kak Laili nak perkenalkan satu produk baharu dari Shaklee iaitu CoQ-Trol Plus.

CoQ-Trol Plus


Coenzyme Q10 (CoQ10 ) adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa tenaga sel.

Nampak tak kat mana mitokondria tu? 👇


Mitokondria terletak di dalam sel bertugas sebagai stesen janakuasa sel


Coenzyme Q10 berada di dalam mitokondria


Coenzyme Q10 adalah sejenis koenzim larut minyak iaitu sebatian seperti vitamin yang hadir dalam kebanyakan sel umumnya dalam mitokondria. Boleh rujuk 👉 SINI

Enzim itu ialah sejenis protein yang bertindak sebagai mangkin organik yang dapat mengawal atur serta mempercepatkan tindak balas biokimia dalam sel. Enzim diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Sedikit enzim akan memangkinkan satu bilangan besar tindak balas biokimia yang sama. Enzim tidak boleh dimusnahkan selepas tindak balas biokimia selesai. Oleh itu, enzim boleh digunakan berulang kali. Suhu optimum bagi tindak balas enzim ialah pada 37oC.

Perlu diketahui bahawa sebenarnya enzim tersusun atas 2 bahagian khusus yang apabila keduanya terpisah mengakibatkan enzim tidak aktif. 2 bahagian khusus tersebut adalah koenzim dan apoenzim sedangkan hasil gabungan antara keduanya disebut dengan holoenzim.

(fuhh...camtu maksud enzim dan koenzim ni 😁)

Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga untuk digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

Walaubagaimanapun tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh badan.


Keistimewaan Shaklee
  • CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol.
  • Resveratrol ialah sejenis kompaun polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang kuat. Polifenol adalah kelompok zat kimia yang ditemui pada tumbuh-tumbuhan. Polifenol berperanan dalam memberi warna pada suatu tumbuhan seperti warna daun dan buah-buahan. Polifenol didapati di kekacang, teh hijau, teh putih, anggur merah, minyak zaitun, dark chocolate dan buah delima. Kadar polifenol yang lebih tinggi ditemui pada kulit buah seperti pada anggur, epal dan limau. Boleh rujuk 👉 SINI
  • Tokoferol merupakan antioksidan yang larut dalam lemak. Cara kerja tokoferol adalah serupa dengan Vitamin E. 
  • Untuk penyerapan optimum, CoQ-Trol Plus dilengkapi dengan olive oil delivery system.

Manfaat Polifenol



Tahukah Uolls?

Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh badan. Untuk mendapatkan 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil:


Fakta Nutrisi:

1 Kapsul CoQ-Trol Plus (678.789 mg) mengandungi

RamuanJumlah Setiap Kapsul
Coenzyme Q10 (Ubidecarenone          100.0 mg
Mixed Tocopherols              5.5 mg
Resveratrol
(from Polygonum cuspidatum root extract)
              2.0 mg


Saranan Penggunaan:

Untuk orang dewasa sahaja. Ambil 1 kapsul sekali sehari dengan makanan.




Kapsul CoQ-Trol Plus berwarna merah gelap


Nak dapatkan CoQ-Trol Plus Shaklee? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ni.

Comments

Popular Posts